Powered By Blogger

Tuesday, 10 May 2011

Selamat Ulang Tahun UMNO!

Hari ini UMNO telah genap berusia 65 tahun, sepanjang perjuangan dari gerakkan menuntut kemerdekaan sehinggalah ke hari ini tentunya UMNO mempunyai pengalaman yang amat berguna. Umno sudah tentu faham dan tahu apa yang rakyat mahukan terutamanya dalam tugas dan tanggungjawab membela bangsa Melayu. Itulah tujuan asal, yang mana Pertubuhan ini merupakan pertubuhan yang akan dan terus menjaga kebajikan orang Melayu dan agama Islam sebagai Agama Rasmi bagi perlembagaan serta amat sinonim dengan orang-orang melayu di Malaysia. Tahniah UMNO...terlalu banyak jasa dan pengorbanan pemimpin-pemimpin UMNO dalam usaha memartabatkan hak dan kuasa orang-orang melayu...mempertahankan walau sekelumit yang masih tinggal hingga hari ini...walaupun pelbagai cabaran dan tohmahan terhadap Pertubuhan keramat ini.....ingat, Umno bukan sekadar Parti dalam komponen Barisan Nasional, malah Umno merupakan Pertubuhan yang memdominasi dalam Barisan Nasional, namun, jika Pertubuhan ini hilang keyakinan dan kepercayaan pada bangsa yang diperjuangkannya, sia sia sahajalah Umno bertempik dan berteriak melaungkan perjuangan membela nasib bangsa itu sendiri....

Jika dilihat dalam konteks yang lebih luas di Malaysia, rata-rata pihak pembangkang melaung laungkan bahawa tidak ada yang istimewanya menjadi melayu, tidak ada apa yang dibanggakan menjadi melayu, sedarlah! jika tidak bangsa sendiri yang menjaga bangsanya, siapa lagi yang mahu bertegang leher dan menumpahkan darah keringat untuk menjaga kebajikan bangsa itu? jangan sesekali menuduh Umno Racist! kerana ada parti lain dan pergerakkan lain yang lebih racist....lihat sajalah di sekeliling kita semua pada hari ini, ada berapa banyak pertubuhan...persatuan...dan kelab perniagaan yang rata-rata hanya diwujudkan untuk membela nasib kaum-kaum lain?? di Kuala Lumpur sendiri, terdapat ratusan malah ribuan persatuan perniagaan cina, dan pertubuhan-pertubuhan cina yang menjaga kebajikan serta hak hak masyarakat cina....kenapa tidak ada pihak yang menyalak tentang racist??? ini yang perlu kita semua sedar....orang2 melayu hanya ada Umno sahaja..satu satunya pertubuhan yang mempunyai hak dan kuasa untuk bersuara...bersatulah dibawah panji melayu Islam dengan UMNO.....pada siapa lagi kita nak harapkan untuk berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara?? Pas? sudah tentu kedudukannya boleh dipertikaikan....bayangkan sebuah parti yang lahir selepas tidak berpuas hati dengan Umno suatu masa dulu...yang boleh dikateogorikan sebagai parti yang hampir separuh dekad....yang berada paling dekat di bawah Umno namun terpaksa tunduk pada parti yang baru setahun jagung (PKR) dan parti "cauvinist"  yang terang terangan memperlekehkan kredibiliti serta pengalaman sepanjang bergiat dalam arena poltik tanah air...

Apa yang mengejutkan apabila selepas tewas pada PRK Sarawak baru baru ini....kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang makin dipandang rendah serta di hina sehina-hinanya sehinggakan dalam kabinet bayangan DAP, meletakkan pas sebagai melukut di tepi gantang.....diberi potfolio kementerian yang tidak ada  kepentingan langsung dalam membentuk ideologi serta perjuangan yang lantang dilaungkan sebelum ini.....jadi??? apakah ini yang boleh dikatakan kuasa???

renung-renungkan dan berfikir menggunakan akal.......

petikan ucapan Presiden UMNO Dato Seri Najib Tun Razak

No comments:

Post a Comment